Friday, June 3, 2016

Pengalaman Pertama Mendaki GUNUNG KINABALU

-GUNUNG KINABALU-

(26 MAY 2016 -5.00PM-)
        
        BERTOLAK DARI IKBN KE KINABALU PARK LEBIH KURANG 2 JAM PERJALANAN. BAGI ORG MCM AKU YANG JENIS MABUK JALAN JAUH,MEMANG AKU SYOR KAN KORANG TIDUR JE LA DALAM KERETA..HAHA..

(26 MAY 2016-8.30 PM)

SAMPAI DI TEMPAT PENGINAPAN YANG BERDEKATAN DENGAN KINABALU PARK (500METER SAHAJA).
KAMI BEREHAT UTK MALAM NI SEBAB ESOK PUKUL 9 KAMI DAH KENE NAIK GUNUNG.

(27 MAY 2016 -7.15AM-)
         
           SEBELUM MENDAKI KAMI PREPARE BARANG2 YANG PENTING SEPERTI BAJU,SELUAR,JAKET,GLOVE,SNOWCAP,IC,DAN APA2 JE LA YANG PENTING..THEN LEPAS PACK2 BARANG KITA BREAKFAST DULU.KENE MAKAN DAGING BANYAK2  SEBAB DAGING BOLEH BAGI KITA TENAGA TIME MENDAKI NANTI.DALAM KUMPULAN KAMI ADE 12 ORG DAN AKU SEORANG SAHAJA PEREMPUAN.
      LEPAS MAKAN DAH START SENAM,PANAS KAN BADAN..SO SEBELUM SAMPAI DI CHECKPOINT KITE NAIK VAN DULU..DIA MENGHANTAR KITE DI CHECKPOINT PERMULAAN SEBLUM MENDAKI….TIME TU MEMANG RASA BERDEBAR SANGAT,NERVOUS SEMUA ADA.MEMANG MULUT ASYIK SELAWAT JE..STILL INGAT PAPA PESAN,TEMPAT ORANG KENE SELAWAT BNYAK-BANYAK….HEEEE~
TEMPAT PUKUL  9.00AM KAMI MULA MENDAKI….

         TIME MENDAKI,MACAM-MACAM DUGAAN ADA.HUJAN,SEJUK X BOLEH DIPISAHKAN.MENGGIGIL SATU BADAN.TIME MENDAKI SEBELUM KITA SAMPAI KE LABAN RATA RESTHOUSE KITA AKAN JUMPA 7 BUAH PONDOK.JARAK DARI CHECKPOINT PERTAMA KE LABAN RATA RESTHOUSE  6KM.PERMULAAN MEMANG SEMANGAT ,EXCITED N HAPPY.THEN BILA SAMPAI PONDOK KE 3 (LOWII SHELTER) HUJAN MULA TURUN,ITU LAGI MNYUKARKAN KAMI BAGI SEORANG PENDAKI UNTUK MENDAKI GUNUNG.HUJAN SEMAKIN LEBAT,JALAN SEMAKIN LICIN,BASAH SATU BADAN TAPI ITU TIDAK MENGHALANG KAMI UTK SAMPAI KE DESTINASI.SUHU SEJUK MENINGKAT,MENGIGIL SATU BADAN BILA SAMPAI PONDOK YANG KE 7( PAKA SHELTER) AKU TIDAK DAPAT TERIMA LAGI KESEJUKAN INI.TERUS AKU MENYARUNG LAGI 3 HELAI BAJU LENGAN PANJANG UTK MEMANASKAN BADAN AKU YANG TENGAH KESEJUKAN SAMPAI KE TULANG.
HAMPIR 7 JAM AKU MENDAKI,PENAT LELAH DIA AKU STILL DAPAT RASA SAMPAI SEKARANG AKHIRNYA AKU SAMPAI JUGA LABAN RATA RESTHOUSE PADA PUKUL 3.45pm.BILA MASUK JE DIRESTHOUSE TU,PUNYALA HANGAT,RASA LEGA DIHATI DAN BAU MAKANAN YANG ENAK.RASA PENAT TERUS HILANG KERANA LAPAR.TEPAT PUKUL 4.00PM KAMI DIHIDANGKAN PELBAGAI MAKANAN.KAMI APA LAGI,TANPA BUANG MASA TERUS MENGAMBIL MAKANAN SEBANYAK YANG MUNGKIN.(TOLONGLA JANGAN MEMBAZIR!)
KAMI DIBAGI REHAT SAMPAI PUKUL 1.30AM KERANA PUKUL 2.00AM KAMI HARUS MENDAKI SEMULA SAMPAI KEPUNCAK SEBELUM PUKUL 7.00 PAGI.LEPAS MAKAN KAMI GERAK  KE DORM UNTUK BERISTIREHAT.DI SITU MENYEDIAKAN 2 BILIK DORM ,SATU BILIK ADA 7 KATIL (DOUBLE DEAKER) ,ADA TEMPAT MANDIAN YANG SELESA,LUAS DAN SELESA UNTUK TIDUR SATU MALAM.CUACA YANG AGAK SEJUK SAMPAI AKU DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN TAK MANDI.KAMI JUST TUKAR BAJU DAN TERUS TIDO DARI PUKUL 4.45PM SMPAI LA AKU TERJAGA DALAM PUKUL 1.30AM (tu pun kawan kejutkan heheh).KAMI BERSIAP-SIAP UNTUK SARAPAN DAN MENDAKI PAGI TU DENGAN MEMAKAI EXTRA BAJU,EXTRA SELUAR,EXTRA STOCKIN ,SWEATER,SNOWCAP ,GLOVE DAN APE-APA JELA UNTUK PANASKAN BADAN.KAMI TURUN SEMULA KE LABAN RATA UNTUK SARAPAN SEBELUM MENDAKI SAMPAI KE PUNCAK.

2.00AM (28 MAY 2016)
   
                    SEBELUM PERJALANAN MENDAKI KAMI BERMULA,GUIDE KAMI MEMBERI SEDIKIT TAKLIMAT DAN KATA-KATA SEMANGAT.”PERJALANAN KITA SELEPAS INI SEJUJURNYA SEMAKIN SUKAR DAN AGAK SAKIT SEDIKIT KERANA KITA AKAN MENDAKI LEBIH TINGGI.OXYGEN DI ATAS KURANG SO SAYA MINTA BAGI YANG LAJU MENDAKI TU BOLEH PERLAHAN KAN SEDIKIT,KALAU BOLEH JALAN PERLAHAN-LAHAN DAN KALAU PENAT JANGAN DUDUK SEBAB SAYA TIDAK MAHU KALAU KAMU DUDUK NANTI KAKI KAMU BOLEH ‘KEKEJANGAN OTOT’ BADAN KAMU BOLEH CEPAT LETIH KERANA CUACA DIATAS TERSANGAT LA SEJUK’.ITU LA PESANAN DARI GUIDE KAMI DISINI.DI SITU AKU MULA MENGGELABAH,TAKUT DAN MACAM-MACAM LA,YELA AKU TAK YAKIN AKU MAMPU SAMPAI KE PUNCAK.SELEPAS TAKLIMAT DAN STRETCHING KAMI MULAKAN LANGKAH KAMI DENGAN BISMILLAH.
    BERMULA PERJALANAN KAMI DENGAN MENAIKI TANGGA YANG AGAK TINGGI DAN AMAT MEMENATKAN,YUP ITU BARU PERMULAAN.SELEPAS MELEPASI PAGAR AKU MULAKAN LANGKAH PERTAMA AKU DENGAN BERSELAWAT,BESERTA DOA SEMOGA AKU SAMPAI KE PUNCAK DENGAN SELAMAT DAN TURUN JUGA DENGAN SELAMAT.LENGUH KAKI,LELAH,PENAT SEMUA AKU MASIH DAPAT RASA TIME MENDAKI GUNUNG KINABALU.AKU GIGIHKAN DIRI AKU UNTUK MELANGKAH SETIAP ANAK TANGGA YANG ADA BIARPUN TUBUH BADAN INGIN PUTUS ASA.SEMAKIN TAMBAH BEBAN KAMI MENDAKI BILA KAMI KENE JALAN DIBATU-BATU DENGAN MNGUNAKAN TALI,TALI YANG SEJUK DAN BOLEH RASA BEKU DI TAPAK TANGAN .ADA BEBERAPA BABAK AKU TERLELAP TIDUR TIME PEGANG TALI.AIR MATA MULA MENGALIR DAN INGIN PUTUS ASA.SETIAP KALI AKU INGIN PUTUS ASA AKU TERBAYANG WAJAH MAMA DAN PAPA,AKU KENE YAKIN DAN SEMANGAT UNTUK MEMANJAT SMAPAI KE PUNCAK UNTUK BUAT MEREKA BANGGA DENGAN AKU.AKU GIGIHKAN SETIAP LANGKAH AKU.


(5.30AM –SAYAT-SAYAT CHECKPOINT)-CHECKPOINT AKHIR-
    
                    BILA SAMPAI DISINI AKU SANGKA DAH BERAKHIR PENYEKSAAN INI,RUPANYA BELUM LAGI.AKU MASIH DI KETINGGIAN  7KILOMETER.DAN PUNCAK GUNUNG KINABALU BERADA DI SEKITAR 8.5 KILOMETER.BILA DI CHECKPOINT AKHIR NI AKU DIBERI REHAT 10MINIT.DALAM 10MINIT  AKU ISI KAN PERUT AKU DENGAN AIR  MINERAL DAN COKLAT,SUPAYA DAPAT BERIKAN AKU SEDIKIT TENAGA UNTUK MENDAKI SEMULA.TIME TU BADAN AKU PENAT SANGAT.SAMPAI SATU TAHAP RASA MENYESAL MENDAKI (JUJUR OK!).
BAKI LAGI 1.5KILOMETER ITU SEMEMANGNYA SANGAT PERIT,PERIT SEPERITNYA.KAWAN AKU BETOL-BETOL PUTUS ASA TAPI SELEPAS DIBERI SEMANGAT DIA PAKSA JUGA UNTUK MELANGKAH.AKU JANGAN CAKAPLAH…MENANGIS SAMPAI AKU RASA KAWAN AKU YANG SORANG NI YANG DARI BAWAH ASYIK BAGI AKU SEMANGAT SAMPAI LA KETAHAP NI AKU RASA MESTI DIA TEKANAN JIWA DENGAN AKU..MANA TAK NYA JALAN X SAMPAI 6 LANGKAH AKU DH BEHENTI,JALAN SKIT BEHENTI.TAPI DIA TAK BAGI AKU PUTUS ASA MACAM TU JE,MALAH DIA CAKAP DIA LAGI KECEWA KALAU AKU TIDAK SAMPAI PUNCAK.KADANG-KADANG KATA SEMANGAT DIA TU AGAK MENYAKITKAN HATI AKU, SEBAB SAYANG AKU USAHAKAN JUGA DAN PAKSA KAKI AKU UNTUK MELANGKAH.
OKAY …BILA DAH SUSAH PAYAH PANJAT,ADA SATU BAB YANG LAGI MENYAKITKAN….
BAB TU BILA KAU DAH BOLEH NAMPAK PUNCAK DEPAN MATA KAU SENDIRI…PSIKO DIA MEMANG KEJAM GILE.TIME TU KAU BETOL-BETOL NAMPAK PUNCAK TU JAUUUUH LAGI PADAHAL LAGI 100 METER JE.TIME TU AKU DAH MENGALAH HABES.MENANGIS AKU DIBUATNYA.DISAAT AKU BETOL-BETOL PUTUS ASA,KAWAN AKU YANG AGAK ANNOYING TU CAKAP ‘KALAU GIVEUP SEKARANG JANGAN TEGUR AKU,AKU TAK NAK LAYAN KAU DAH,AKU KECEWA SANGAT,PUNCAK DEPAN MATAA JE KUT,TAK JAUH DAH…TOLONG LA…PLEASE LAA’ .APA YANG DIA CAKAP BUAT AKU SEDAR AKU NI MUDAH PUTUS ASA.AKU NI SEORANG YANG TAKUT UNTUK BERUSAHA,DAN BUAT AKU SEDAR AKU NI CEPAT MENGALAH.DISITU AKU MULA MENANGIS DAN KECEWA DENGAN DIRI AKU SENDIRI.AKU PANDANG PUNCAK GUNUNG KINABALU TU,DAN AKU BERANIKAN DIRI AKU UNTUK BERDIRI,MULAKAN LANGKAH KAKI AKU UNTUK BERJALAN SAMPAI PENGHABISAN,SEPERTI DIA CAKAP….’BIAR PENAT KITA SAMPAI HABIS LELAH SEKURANGNYA KITA BERJAYA DIATAS DENGAN PENAT LELAH USAHA KITA SENDIRI.’DIA BETUL-BETUL BAKAR SEMANGAT AKU.

7.00 AM – 28 MAY 2016 SABTU
      
           SELEPAS BERMACAM-MACAM DUGAAN YANG AKU HADAPI SEPANJANG AKU MENDAKI,PENAT LELAH YANG AKU RASA,SAKIT SATU BADAN,KEADAAN CUACA SAMPAI KE TAHAP BEKU ,TANGISAN PUTUS ASA AKU DAN AKHIRNYA……SAMPAI JUGA AKU DIPUNCAK TERTINGGI NEGARA ASIA.. DENGAN KETINGGIAN8.5 KILOMETER DAN MENGAMBIL MASA HAMPIR 12 JAM UNTUK MENDAKI SAMPAI KE PUNCAK.ALHAMDULILLAH…….AKU BERSYUKUR ….













 - 27 MAY 2016 -

NAMA PESERTA:

* Wan Nur Arina Zafirah Binti Wan Mustaffa
*Shazali BinAzuhman
*Alwinur Sahaba Bin Mursalim

Kami wakil STUDENT IKBN KINARUT SABAH






No comments:

Post a Comment