SAAT KAU PERGI..
Lily seorang gadis yang
lembut,pendiam dan baik hati.Bukan itu sahaja Lily juga seorang gadis yang
penuh kasih sayang walaupun dia seorang anak yatim piatu.Kini lily tinggal
bersama pakciknya yang bernama pak baim.Pak baim tidak mempunyai anak kerena
isterinya mandul,pak baim tidak berkahwin dengan org laen kerana dia tersangat
cintakan isterinya iaitu makcik lela.Mereka menganggap lily itu sebagai anak
kandung mereka sendiri,mereka juga sanggup lakukan apa sahaj utk penuh kan
permintaan lily.Mreka baru sahaja berpindah rumah kerana pak baim ditugas kan
ke satu tmpat.Lily terpaksa meninggalkan sekolah nya dan juga kawan baik nya
kerana dia tidak mahu menyusah kan pak baim.Dia sanggup berpindah ke sekolah yg
berdekatan dengan rumah barunya itu.
Kini lily mulakan
hidup barunya di sekolah barunya itu.Baru sahaja memasuki kelas barunya,ramai
lelaki yang jatuh hati dengan keayuan lily.kecantikan Lily ini membuat kan
ramai gadis di sekolah barunya itu cemburu dan marah kan lily.Waktu makan
petang lily hanya memakan makanan dari bekalan nya itu iaitu sebiji buah epal
dan dua keping roti sahaja,duit yang makcik dia beri tu dia simpan di dalam
tabungnya.Sedang lili memakan bekalannya di bawah pohon,lily tidak sedar yang
dia sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang amat degeruni pelajar yang
laen iaitu Ben.Ben seorang lelaki yang segak tetapi ganas,dia suka memukul
pelajar2 yang tidak memenuhi permintaanya,dia juga suka menaiki motor,setiap
petang dia akan mencari mangsa untuk berlumba motor dengan nya.Ben memerhati
lily kerana dia dengar ramai budk lelaki menyukai lily budak baru disekolahnye
itu.Tindakan ben memerhati lily itu disedari oleh seorang perempuan yg bernama
dian.Tanpa membuang masa Dian terus pergi kea rah lily dan meminta izi utk
menjadi sahabat lily.
Dian:hye..kamu lily kan?saya
dian
Lily:hye dian,ye saya lily..
Dian:lily boleh saya jadi
sahabat kamu?
Lily:owh boleh
sahaja..terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya.
Selepas mereka makan,Dian
ingin membawa lily jalan2 satu sekolah.Selepas sejam mereka berjalan2,dian ingn
ke tandas,manakala lily hendak ke taman sebentar.Lily gembira sangat kerana
hari pertamanya di sekolah dia sudah mempunyai kawan yang sangat baik dengan
nya.sedang Lily terleka tiba2 dia ternampak seorang lelaki yang sedang menanam
bunga.Lily pun pergi kearah lelaki tersebut dan membantu.
Lily:hye..cara kamu menanam
ros ini salah..bukan mcm ni caranya..(sambil
Menunjuk cara yang betul).hye saya Lily
pelajar baru disini.
Ben:err…saya Ben..
Lily:hye ben.habes baju kamu
kotor sebab kene tanah …(ingin membersihkan kotoran)
Ben:jangan sentuh saya! Dan
saya tidak perlu kan bantuan awak!
Ben terus pergi dari situ dengan
marahnya.Lily terkejut kerana di tengking oleh ben.Dian terus bergegas kearah
lily.dan menceritakan siapa Ben yang sebenarnya.Lily tidak percaya Ben seorang
yang suka memukul,kerana dia dapat rasa sifat sebenar ben dari segi dia menanam
pokok bunga sebentar tadi,Lily yakin Ben seorang yang penyayang.Selepas tamat
sekolah Lily pun pulang kerumah dengan berjalan kaki sahaja,sedang dia berjalan
Tiba-tiba sebuah motor yang laju hampir melanggar lily,tetapi nasib baik Ben
menyelamatkan Lily tetapi ben terjatuh tangan nya luka.Lily terkejut dengan
kejadian sebentar tadi,dan kelihatan tangan ben yang sedang berlumuran
darah,Lily ingin merawat tetapi ben menolak lalu lily memarah ben
Lily:cuba kamu buang ego
ben!kerana saya kamu terluka!tolong bagi saya merawat kamu ben!
Selepas ditengking Oleh
lily,ben berasa malu kerana semua melihat kejadian tersebut,lalu Ben benarkan
lily merawat lukanya,Sedang Lily merawat luka ben,lily meminta maaf kerana
menengking ben di depan org ramai.Sejak itulah Lily dan ben menjadi
sahabat.Selepas berbulan meraka bersahabat tiba2 ben mula merasa sayang dekat
Lily dan lily juga merasakan hal yang sama.Ben ingin meluah kan rasa sayang nye
dekat Lily dan dia yakin lily akan sambut sayangya.Pada keesokan harinya Ben
menjemput Lily dengan menaiki motor dan pergi ke satu taman yang indah,dan
disitu la ben meluahkan rasa cinta dan sayangnya terhadap Lily,tapi sayangnya
Lily menolak cintanya Ben kerana Lily ingin menumpukan pda pelajaranya
dahulu.Ben malu dan berasa marah lalu dia menendang motor nya dan dengantidak
sengaja siku ben terhentak dekat muka lily,lalu Lily rebah ke tanah.Selepas
sedar dari pengsan ben meminta maaf
tetapi Lily tidak ingin melihat muka ben lagi sampai bila2.Ben menyesal kerana
telah melukakan org yang dia cintai,dan rase menyesal itu menghantui ben,malam
itu juga Ben berlumba dengan motor nya itu.Tiba waktu persekolahan bermula,Ben
ingin menjemput Lily menaiki motornya ke sekolah tapi sayangnya lily meminta
tolong mulai detik itu pak baim akan menghantarnya keskolah.DI sekolah pula
Lily tidak mahu berjumpa dengan Ben walaupun kelas nya bersebelahan sahaja.Ben
sedih dan marah kerana gadis yang dia cintai itu mula berjauhan dengan
dirinya,lalu ben membuat perangai lamanya semula,iaitu memonteng kelas,memukul
pelajar laen dan membuat kacau bilau disekolah.Kini sudah seminggu Lily tidak
menegur Ben,Dian dapat melihat wajah Lily yang sedang bersedih dan dian cuba
mendengar luahan Lily.
Dian:Lily kenapa ni?sudah
beberapa hari awak sedih.hurmm kamu tak tegur dengan Ben lagikah?
Lily:Dian..mane taknya saya
sedih dengan perangai Ben,Baranya lagi.kenapa dia tidak pernah berubah dian…
Dian:Lily sejak kamu rapat
dengan Ben dia sudah berubah Li,dia tidak memukul pelajar laen.
Lily:saya tersangat merindui
Ben dian..hurmm rindu sangat..
Luahan Lily itu didengari
telinga ben sendiri,lalu dengan tidak sengaja Ben mengeluarkan air
matanya,tetapi ben tetap dengan ego dia,dia tidak akan menegur Lily sehingga la
Lily menegurnya dan menerima cintanya.Waktu pulang sekolah sedang ben memukul
pelajar,Lily terus berlari untuk menamatkan pergaduhan antara Ben dan pelajar
tersebut.
Lily:Ben stop!kenapa awak
makin teruk macam ni!Kenapa awak makin jahat!saya tidak kenal siapa ben yang
sebenar!
Ben:kamu diam Lily!
Lily:Kenapa ha!kamu tidak
dapat menerima hakikat yang saya MENOLAK cinta kamu!ha!
Ben : (menolak lily) aq
cakap diam la!
Ben terus pergi dari
situ,Lily yang jatuh terus mengeluar kan airmata sambil bercakap sebenarnya
saya merindui awak ben.Pada malam tersebut Lily pergi ke kedai lalu berjumpa
dengan sahabat ben yang bernama Niko.Niko yang kelihatan gelisah lalu Lily
menegur Niko
Lily:hey Niko..kenapa
ni?gelisah semacam je
Niko:Lily kau kene bantu
aq.Ben..Ben
Lily:ben?kenapa dengan dia?
Niko:dianak berlumba motor
dengan Helmet hitam…
Lily:Helmet Hitam??siapa tu?
Niko:Helmet hitam ini tiada
sesiapa yang tahu siapa di sebalik helmet tersebut,yang penting dia femes
dengan berlumba motor secara haram dan suke bermain kotor.aq takut Ben menjadi
mangsanya.
Lily:Ben dekat mana
sekarang?
Niko:tengah bersiap-siap
dirumahnya
Lily terus bergegas berlari
kerumah sambil meminjam helmet hitam Niko.Sementara Ben sedang bersiap2.Semasa
ben sedang bersiap-siap tiba2 ada satu panggilan yang tidak kenal telah
menelefone ben.
Ben:Hello ni siapa?
H.Hitam:jumpa sekarang di
belakang sekolah.
Ben:okay!
Lalu ben pun terus ke
tempat yang sudah dirancang,Bila ben sudah sampai di belakang sekolah kelihatan
Helmet hitam sudah sampai terlebih dahulu.Sebelum Memulakan perlumbaan Ben
berasa aneh kerana disini sunyi sangat,dan tiada sesiapa pun ada disni.Tetapi
perasaan aneh ini tidak lama kerana helmet hitam Berjaya mengapi apikan si
ben.Perlumbaan sudah hampir bermula,dengan kiraan Tiga…dua…satu…
Merka pun memecut minyak
motor masing2,tetapi tidak sampai 3 minit bermula Tiba2 ade sebuah kereta yang
sedang memecut lalu melanggar motor helmet hitam,motor nya berkecai dan helmet
hitam itu tersadai ditepi,kejadian itu memeranjat kan ben lalu ben terus
bergegas berlari kearah helmet hitam lalu menangal kan helmet hitam
tersebut.alangkah terkejutnya Ben selepas menanggalkan helmet tersebut rupa2
nya Lily.Ben tidak menyangka kerana dia tidak kenal Lily dri mula tadi.Lalu ben
mengeluarkan airmatanya
Ben:Lily kenapa awak buat
semua ini..kenapa kamu menyamar lily why
Lily:Kerana saya cintakan
awak ben..saya tidak mahu kamu berlumba ben.
Ben:tapi bukan ini carenye
Lily..Lily tolonglah bertahan
Lily:janji dengan saya kamu
tidak akan berlumba motor ben..pls berjanji..
Ben:ye saya janji..saya
janji lily tolong jangan tgalkan saya..saya cintakan awak lily..
Lily:maafkan saya ben..sebab tidak menerima
cinta awak….
Lalu Lily pun menghembuskan
nafasnya yang terakhir di sisi ben.Ben menjerit dan menyesal sangat kerana Lily
meninggalkan dia kerana silapnya.Selepas pemergian Lily,Niko memberi surat dari Lily sebelum dia membuat rancangan untuk
menyamar sebagai helmet hitam.
Dear Ben….
Hye ben,ni saya lily..mase kamu bace
surat ni maybe saya sudah pergi buat selama lamanya.saya minta maaf sebab
meninggal kan kamu.awak simpan la kenangan kita di hati awak seelok
eloknya,saya akan sentiasa berada didalam hati awak.saya nak awak jaga diri
seelok eloknya,jangan padam kan kenangan kita yang telah kita bina tau..saya
cintakan awak ben….
Selepas bace surat
dari Lily,ben sebak sangat dan berjanji akan menyimpan kenangan nya bersama
lily biarpun tidak ada satu pun gambar antara mereka…
No comments:
Post a Comment